Tentang Kami

Tentang Kami

Di GoWasiat, Kami percaya bahawa membuat wasiat bukan sekadar urusan undang-undang – ia adalah tanda kasih sayang dan tanggungjawab kepada orang yang kita tinggalkan. Kami wujud untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menulis wasiat dengan cara yang mudah, mampu milik, dan boleh dipercayai, tanpa rasa takut atau tekanan.

Kenapa Kami Buat Ini

Ramai yang tangguh buat wasiat kerana rasa ia rumit, mahal atau hanya untuk orang berumur. Kami ingin mengubah persepsi itu. Dengan panduan langkah demi langkah secara dalam talian, sesiapa sahaja boleh menyiapkan wasiat dengan yakin – tak kira umur, latar belakang atau pengalaman.

Apa Yang Membezakan Kami

  • 100% proses dalam talian, mudah dan cepat
  • Panduan bahasa mudah, tiada istilah undang-undang yang mengelirukan
  • Sokongan dalam Bahasa Malaysia & English
  • Harga telus, tiada caj tersembunyi
  • Direka khas untuk keluarga biasa seperti anda

Perkhidmatan Lain Kami

mypasti qibla ekhairat logo

"JANGAN TUNGGU ESOK UNTUK MERANCANG.
WASIAT ANDA, MASA DEPAN MEREKA"

Pernah terfikir ingin membuat wasiat, tapi tak pasti bagaimana nak mula?
Di GoWasiat, kami mudahkan segalanya - langkah demi langkah, tanpa tekanan.

Mula Sekarang